Peluang untuk berjaya selalu diukur dengan Kepercayaan kepada diri anda sendiri

by - October 07, 2021


Puteri Suhaila: Peluang untuk berjaya selalu diukur dengan Kepercayaan kepada diri anda sendiri



Set minda yang realistik dan sedar diri

Di Malaysia, kita semakin sedar bahawa prestasi akademik, walaupun penting, bukan segala-galanya. Apabila graduan-graduan beroleh keputusan pendidikan terbaik yang sama, apakah yang akan membezakan mereka daripada yang lain? Bagaimanakah mereka  boleh menonjolkan diri dan membina kehidupan yang berjaya yang bermakna dan bertujuan?

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang masa ini, ia bergantung besar pada dua faktor: set minda yang realistik dan sedar diri.

Mereka yang berjaya sedar akan batas keupayaan mereka dan mereka mengambil salah salah satu daripada kedudukan berikut:

Menerima batas keupayaan apabila ia munasabah untuk berbuat sedemikian.
Berusaha mengatasi batas keupayaan tersebut, jika mungkin, dan sekiranya dengan berbuat demikian ia akan membantu anda mencapai matlamat-matlamat yang ditetapkan.

Apabila kita berkata kepada anak-anak muda, ‘Anda boleh melakukan dan menjadi sebarang apa yang anda inginkan, kita sebenarnya merugikan mereka.’

Pertama, kita tidak mungkin melakukan dan menjadi sebarang apa yang kita inginkan.

Kedua, apabila kita menyemai sikap bahawa kita boleh mencapai kejayaan cuma dengan menginginkannya atau melalui keunikan diri, kita sebenarnya menyeleweng daripada kebenaran:

UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN, KITA PERLU BERUSAHA, TABAH HATI DAN BERDAYA TAHAN.

Secara peribadi, saya percaya kita akan memanfaatkan anak-anak muda kita jika kita bertanyakan mereka, ‘Apa yang bermakna bagi anda? Siapakah yang anda ingin menjadi? dan Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu diri menjadi orang berkenaan?’

Dengan merangkakan potensi sebegini, kita beralih daripada set minda pasif ‘anda boleh melakukan sebarang apa’ kepada set minda proaktif yang mengaku keperluan untuk mengetahui perkara yang penting bagi kita dan mengambil tindakan terhadap nilai-nilai berkenaan untuk mewujudkan kehidupan yang ingin kita nikmati.

Ia juga mengalihkan fokus kepada diri individu tersebut dan menyampaikan mesej, ‘Kami gembira untuk memberi sokongan kepada anda sebaik mana yang kami boleh, tetapi anda adalah pemandunya — andalah yang membuat pilihan bagaimana anda ingin bergerak maju.’

Orang yang berjaya — misalnya Elon Musk, Oprah Winfrey, mendiang Steve Jobs, dan ramai lagi — mereka bermula dengan satu set nilai, sedar akan perkara yang penting bagi mereka, dan membina setiap sesuatu berkaitannya.

Dalam proses itu, mereka belajar menangani sebarang halangan dan sedar bahawa sekiranya badai-badai kehidupan melanda, mereka boleh memilih untuk kembali semula dan terus bergerak maju.

Presiden Amerika Ke-26, Theodore Roosevelt, pernah berkata,

“SEPANJANG SEJARAH, TIDAK ADA SESEORANG YANG HIDUP SENANG-LENANG YANG MENINGGALKAN NAMA YANG PATUT DIINGAT.”

Mereka yang berjaya bertubi-tubi mengalami rintangan dan susah payah kehidupan. Tetapi mereka tahu bahawa sementara mereka tidak selalunya dapat mengawal situasi dalam kehidupan, mereka boleh selalu mengawal respons mereka terhadap sesuatu yang berlaku pada sesuatu masa tertentu.

Berdasarkan pemerhatian saya, orang yang berjaya yang pernah saya temui dan temu bual sepanjang lebih 20 tahun ini memeluk lima prinsip utama seperti berikut:

1. Mengakui bahawa anda adalah nakhoda hidup anda — 100%

Masalah dan rintangan pasti berlaku tetapi adalah terpulang kepada anda bagaimana anda menanganinya. Adakah ia berupa alasan untuk menyerah kalah, atau menggunakannya untuk menguatkan azam dan terus maju?

AKU ADALAH TUAN BAGI TAKDIRKU. AKU ADALAH NAKHODA BAGI JIWAKU. — NELSON MANDELA

Berkaitan: Tip Kepimpinan: Semuanya Terpulang Kepada Anda 2. Cintai proses lebih daripada visi

Memang hebat — dan perlu — untuk mengetahui hala tuju anda, tetapi jangan terjerat dalam mimpi itu. Mereka yang berjaya hidup dalam momen semasa, dan sedar jika mereka mencintai proses yang dilakukan pada saat ini, setiap sesuatu yang lain akan menjadi.

3. Sedari batas keupayaan anda

Ini adalah prinsip utama kerana ia mendesak anda untuk mengetahui batas keupayaan yang anda boleh usahakan dan tambah baik, dan yang boleh dibiarkan. Ia membantu anda untuk memberi fokus pada apa yang penting dan yang boleh dicapai, mengikat anda terhadap kemungkinan yang anda boleh capai, daripada membuang masa membuat sesuatu yang bukan untuk diri anda.

4. Kerjakannya

Jika anda kenal Elon Musk, anda akan tahu dia adalah ketua Tesla dan SpaceX. Kejayaan selalunya nampak begitu glamor di garis penamat. Tetapi jika anda lihat bagaimana dia bermula dan susah payah yang dihadapinya sepanjang perjalanan, anda akan sedar bahawa sebarang apa yang anda ingin capai memerlukan kerja keras, komitmen dan sikap jangan menyerah kalah.

5. Jangan berhenti belajar

Sifat ini membezakan dan mendefiniskan mereka yang berada di tangga kejayaan. Sama ada anda membaca lima buah buku setiap bulan, belajar bahasa baharu, mendengar podcast setiap hari, mengadakan perbincangan bermakna, mengikuti hal ehwal dunia, atau mengikuti trend budaya pop, pembelajaran berterusan amat perlu untuk membantu kita kekal tajam fikiran. Seseorang pemikir kritikal yang ada sifat ingin tahu akan berupaya menyelesaikan sesuatu masalah sebelum kebanyakan orang lain sedar masalah itu wujud.


Jom Dapatkan Produk Shaklee sekarang! 


Untuk makluman,  dapatkan lebih penjimatan hampir 20% dari harga pasaran, daftarlah sebagai ahli sekarang juga! 

Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.



* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Ini adalah iklan produk suplemen.



Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi put di +60196728297 



klik untuk order


 



---------------------------------------------------------------


YOU HAVE TWO HANDS, 

ONE FOR HELPING YOU, 

OTHER ONE FOR HELPING OTHERS

Your Most Wanted SID -Puteri Suhaila -

ID NO. - 1448893 

untuk order dan pertanyaan,

sila Follow saya di FB saya, Puteri Suhaila 

atau follow FB Page saya, Jutawan Shaklee 

atau follow IG saya, 

Puteri Suhaila_shakleebatupahat

atau email di puterinursuhailaabrahman@gmail.com

atau sms (wa) +6019-6728297 


You May Also Like

0 Comments


Bismillahirrahmanirrahim….. “Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.Amin Ya Rabbal Alamin..

* Penafian: "Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan perkongsian manfaat. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.” Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.